12 January 2011

Maklumat Sekolah

Sk Sendayan terletak di Felda Sendayan. Berada dalam kawasan Bandar Seremban. Walaupun ia berada dalam kawasan Bandar Seremban, sekolah ini dikatagorikan sebagai sekolah felda dan kedudukannya dikira sebagai luar bandar.

Sekolah ini di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban (PPDS). Dewasa ini pembelajaran hanya berlangsung satu sesi sahaja iaitu sebelah pagi. Sumber air datangnya dari bekalan air awam dan mendapat bekalan elaktrik sepenuhnya daripada TNB. Keluasan SK Sendayan ini ialah kira-kira 15 ekar atau 6.07 hektar.

Terdapat dua belas buah bilik darjah yang mengikut pelan bagi tujuan kelas pembelajaran. Ia menempatkan murid-murid dari Tahun 1 hingga Enam. Setiap satu tahap mempunyai dua kelas. SK Sendayan juga menempatkan murid pra-sekolah juga sebanyak dua kelas.

No comments:

Post a Comment