Sk Sendayan terletak di Felda Sendayan. Berada dalam kawasan Bandar Seremban. Walaupun ia berada dalam kawasan Bandar Seremban, sekolah ini dikatagorikan sebagai sekolah felda dan kedudukannya dikira sebagai luar bandar.
Sekolah ini di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban (PPDS). Dewasa ini pembelajaran hanya berlangsung satu sesi sahaja iaitu sebelah pagi. Sumber air datangnya dari bekalan air awam dan mendapat bekalan elaktrik sepenuhnya daripada TNB. Keluasan SK Sendayan ini ialah kira-kira 15 ekar atau 6.07 hektar.
Terdapat dua belas buah bilik darjah yang mengikut pelan bagi tujuan kelas pembelajaran. Ia menempatkan murid-murid dari Tahun 1 hingga Enam. Setiap satu tahap mempunyai dua kelas. SK Sendayan juga menempatkan murid pra-sekolah juga sebanyak dua kelas.
12 January 2011
Selamat Tahun Baharu 2011
Selamat Tahun Baharu 2011 diucapkan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Sendayan. Semoga akan lebih bersemangan lagi untuk tahun baharu 2011 ini.
08 May 2010
Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Sendayan
Warga SK Sendayan Mengucapkan selamat datang kepada semua ke blog ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)